~welcome~

Friday, November 19, 2010

~Warkah untuk Cikgu~

Buat yang bergelar pendidik, bakal pendidik mahupun yang bercita-cita untuk menjadi pendidik...warkah ini khusus untuk kalian. Dipetik dari buku Jadilah Hamba Allah yang Sejati tulisan Dr.'Aidh Al-Qarni..moga kata-kata indah yang ditulis buat kalian ini menyerap masuk ke dalama hati kalian...bersatu dalam diri, menjana motivasi dan semangat...bahawa bergelar 'cikgu' bukan setakat di saat anda dipanggil CIKGU...




Segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Esa, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah., kepada keluarga dan para sahabatnya.

Amma ba’du

Wahai pengajar, “ Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.”

Berdirilah untuk guru dan berikan penghormatan, seorang guru hampir seperti seorang perutusan…


Wahai pewaris ilmu Rasulullah s.a.w, wahai para pendidik, wahai para pembuka akal dengan menyebut nama Allah s.w.t! Semoga Allah membalasmu dengan balasan yang terbaik dari umat Muhammad, semoga Allah memberi kamu pahala atas risalah yang telah kamu bawakan, jika kamu menghendaki kebaikan.


Wahai ustaz! Generasi kita duduk di hadapan kamu…Wahai ustaz! Kita telah meletakkan hati kita, jantung kita dan mendengarkan apa yang dikatakan oleh lisanmu.


Wahai pengajar! Tidakkah kamu melihat para guru yang jahat, batil dan sesat?! Bagaimana mereka menyebarkan prinsip-prinsip dan konsep mereka yang menghancurkan? Tidakkah kamu menyebarkan pemikiran kamu yang jelas membangun yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w?


Wahai guru, sesungguhnya kata-kata yang jujur ketika keluar dari hati, ia akan jatuh dalam hati, dan kata-kata yang dusta ketika keluar dari lisan, maka ia tidak akan melewati telinga.


Wahai pengajar! Sesungguhhnya yang bermanfaat bagi orang-orang yang berakal ketika ia dapat memberi manfaat bagi seseorang, sebelum bermanfaat kepada orang ramai.

Allah s.w.t. berfirman:

Ertinya:

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?”

(Al-Baqarah:44)

Maka apakah taraf perbuatanmu bagi ilmu mu?


Wahai guru, kamu harus bertakwa kepada Allah s.w.t dalam setiap yang kamu ajarkan agar kamu menjadi contoh dan teladan hidup untuk agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.


Wahai pengajar! Para ulama salaf dahulu ketika mengajarkan pelbagai ilmu, mereka memberikannya kepada manusia dengan disertai perilaku mereka, muamalah mereka, akhlak mereka, dan kaedah mereka dalam hidup.


Wahai guru! Para guru kita di masa-masa awal yang utama, mereka pergi ke pelbagai negeri Islam di Indonesia dan Malaysia. Mereka menyampaikan ajakan Allah dengan perilaku-perilaku mereka sebelum kata-kata mereka. Kami mengajak kalian hari ini di permulaan tahun ajaran ini untuk mempersembahkan ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, risalah yang abadi, perkataan yang berkesan kepada para pemuda, agar kalian bertakwa kepada Allah s.w.t dalam generasi ini, generasi yang menunggu nasihat darimu.


Mereka haus di hadapanmu, tuangkan di hati mereka luapan kasih dan sayangmu yang akan menjadikannya ubat penyembuh. Sesungguhnya mereka lapar, mereka menanti sesuap makanan yang baik dan lazat yang terkandung dalam sajian material yang baik yang bermanfaat dari firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w.


Semoga Allah meluruskan langkahmu, memberimu manfaat dan menjadikan kami dan engkau orang-orang yang diterima-Nya, yang jujur dalam catatan abadi-Nya.

2 comments:

  1. salam 'alaik

    Terima kasih atas perkongsian ini. Amat kena dengan saya.

    Tugas cikgu bukan hanya mengajar tetapi mendidik. Didikan cikgu bukan hanya melalui tulisan atau percakapn tetapi juga melalui perbuatan. Segala tingkah laku cikgu diintai oleh pelajar.

    Kita semua adalah cikgu. Minima, cikgu kepada adik, anak atau orang-orang yang belajar dari kita.

    Sayyidina Ali pernah berkata, sesiapa yang mengajar kepadaku walaupun satu alif, maka beliau adalah guruku.

    Marilah sama-sama kita menjadi cikgu yang bertaqwa

    ReplyDelete
  2. to Al-Mu'allim

    salam

    Afwan, untuk diri yang menyampaikan juga.

    Benar sekali, cikgu menjadi ikon pelajar.

    InsyaAllah, sama-sama bina diri ke arah itu.
    Cikgu yang bertaqwa mendidik murid dengan ikhlas & penuh sabar dalam menjana mukmin profesional..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)