~welcome~

Sunday, November 7, 2010

~EXAM~

Salam sahabat semua. Apa khabar kalian?
Kepada yang masih bergelar seorang pelajar, sekarang pastinya saat-saat genting buat kalian.
Musim peperiksaan...





Pastinya semua sibuk mempersiapkan diri di saat-saat akhir ni. Orang kata demam nak exam. Study week hampir berakhir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi first paper bakal menjengah. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.

Dalam kesibukan kita mengulang kaji, mengulang baca, menjawab soalan-soalan past year dan sebagainya jangan pula kita lupa tanggungjawab kita pada Yang Maha Esa...solat kita bagaimana? Tilawah kita bagaimana? Adakah kita menjaga ibadah-ibadah sunat yang lain? Solat tahajjud, solat dhuha dan ibadah-ibadah lain?

Solat kita...adakah masih di awal waktu? Atau kita hampir saja terlepas waktu kerana terlalu sibuk study? Solat kita...adakah khusyu' seperti dulu? Atau kita selalu saja berusaha untuk solat dengan cepat, tanpa wirid dan doa seperti biasa...kerana kita takut masa tak cukup untuk kita study? Di manakah kita?

Andai kita termasuk dalam mana salah satu golongan di atas, nampaknya kita telah terlupa tujuan asal kita belajar...Atau lagi memeritkan kita memang kurang jelas tujuan kita belajar? Apa agaknya jawapan kalian? Bisikkan persoalan ini pada hati kalian...

"Apa tujuan aku belajar ni sebenarnya?"

Apa ya, tujuannya?
Ayuh, kita semak ayat-ayat cintaNYA...

Firman Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat ke-56:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."

Subhanallah...seluruh kehidupan kita harus dijadikan ibadah kepada-Nya. Bagaimana?
Islam itu sungguh, agama yang syumul. Islam itu sistem kehidupan kita. Ibadah yang dimaksudkan bukan bermaksud kita berada di masjid 24 jam, ataupun terus-terusan di tikar sembahyang...sama sekali tidak!

Islam itu mudah bukan? Islam itu indah bukan?

Wahai sahabat, setiap apa sahaja perbuatanmu, niatkanlah kerana Allah, kerana-Nya semata...
Ya, kerana Allah...kita belajar ini kerana Allah, kerana kita ingin menyebar luaskan syariat-Nya, kerana kita ingin membantu Islam, kerana kita ingin Islam kembali gemilang...

Jadi, andainya kehidupan kita ini kerana-Nya..kenapa melengah-lengahkan suruhan-Nya? Kenapa meringan-ringankan larangan-Nya?

Solat kita harusnya lebih terjaga, doa kita lebih panjang dari biasa...supaya Dia memberkati segala usaha kita.







Sesungguhnya segala apa sahaja bidang ilmu di dunia ini adalah milik Allah, Yang Maha Bijaksana.

Apakah kita merasakan kejayaan kita menjawab soalan dengan baik adalah hasil dari usaha keras kita? Sama sekali tidak, bahkan ianya adalah kerana Allah mengizinkan kita untuk menjawab, Allah memberikan kita ilham untuk setiap soalan yang ditanya, lalu Allah melancarkan pergerakan tangan kita untuk kita menulis skrip jawapan.

Segalanya dengan izin Allah...izin Allah.

Kita memang sangat perlu berusaha dan berusaha, namun yang menentukan tetap Dia. Andai kita sentiasa mencari murka-Nya, meremehkan suruhan-Nya apakah kita kira Dia akan menolong kita? Sama-sama kita renungkan...

Sebetulnya, saya hanya ingin berkongsi dengan kalian, kembali mengingatkan kalian, tujuan asal kita belajar, agar kita tidak tersasar jauh...

Hakikatnya, kehidupan kita di dunia ini ibarat seorang pengembara yang berhenti singgah untuk berteduh di pepohonan dan kita akan meneruskan perjalanan menuju dunia yang kekal abadi dengan bekal yang kita bawa dari tempat persinggahan kita...andai baik, maka baiklah tempat tinggal kita di sana. Andai buruk, maka buruklah tempat tinggal kita di sana...






Hakikatnya, kita tidak pernah tahu bila ajal bakal menjemput...adakah esok, lusa atau malam ini? Dan kita mungkin sahaja tidak sempat untuk menduduki peperiksaan akhir kita...

Apakah kita pelajar tahun akhir pendidikan yang bakal bergelar cikgu? Apakah kita pelajar tahun akhir perubatan yang bakal bergelar doktor? Semuanya masih dalam mimpi...

Jadi, tidak perlulah saya study lagi? Tidak!!!
Jangan sesekali...salah tafsiran.
Study..ya perlu!
Solat, pastinya perlu (ibadah wajib yang menjadi perkara pertama yang ditimbang kelak)!!!
Keduanya adalah ibadah. Keduanya akan dipersoalkan oleh Tuhanmu kelak pada hari di mana tiada perlindungan selain perlindungan-Nya.

~Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, beribadahlah kamu seolah kamu akan mati esok hari~

Semoga hikmahnya sampai ke hati-hati kalian. Sampai ke hati kita semua...

Akhir kalam, selamat berjaya buat semua sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan akhir. Moga Allah mudahkan segala urusan kalian dan semoga Dia memberkahi segala usaha kalian, setiap detik yang kalian manfaatkan untuk belajar semoga dinilai sebagai ibadah di sisi-Nya.



Wallahua'lam


2 comments:

  1. salam.

    bittaufiq wannajah fil imtihan
    moga Allah permudahkan
    insyaAllah, semuanya kernaNya

    :)

    ReplyDelete
  2. to syarifah radiah ibrahim:

    wsalam

    syukran dik, moga Allah mudahkan urusan kita. All the besr for this coming final exam. Try your best and let Him do the rest...=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)