~welcome~

Tuesday, December 27, 2011

~Jika kau cinta aku...jumpalah waliku~

Akhir-akhir ini laman sosial 'facebook' menjadi antara 'medan' untuk remaja (mungkin isteri/suami orang juga) mencari pasangan. Mungkin, ekoran dari fenomena ini maka lahirlah sebuah lagu, Cinta di Muka Buku. Kini, lagu ini semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat seni tanah air apatah lagi remaja kerana mungkin mereka merasakan situasi yang berlaku dalam lagu ini lebih kurang sama dengan mereka. Tanpa sedar, mereka dilalaikan dengan cinta manusia, sebelum sempat cinta Allah menyapa.

Semasa 'blogwalking' membalas kunjungan sahabat di No Love Phrase ^ ^ , saya terjumpa dengan video ini, Nafsu Muka Buku di sini yang ingin saya kongsikan bersama sahabat di sini. Moga bermanfaat.









Thursday, December 22, 2011

Beza 'see', 'look' dan 'watch'

Beberapa bulan yang lepas, saya telah berjanji untuk menolong seorang sahabat dalam suatu perkara yang diusulkannya. Sudah terlalu lama saya memegang janji itu dan hari ini, saat masih diberikan kesempatan dan waktu, saya perlu menunaikan janji tersebut.

Seorang sahabat bertanyakan saya tentang apakah perbezaan antara see, look dan watch. InsyaAllah, dalam entry ini saya akan menerangkan secara ringkas akan perbezaan ketiga-tiga perkataan ini.

Thursday, December 15, 2011

Analogi:Lampu Isyarat dan Kehidupan

Sudah sekian lama terfikir untuk menghasilkan entry ini. Alhamdulillah, hari ini Allah memudahkan penulisannya. Semoga bermanfaat buat kalian semua.


Sebut sahaja lampu isyarat atau 'traffic light', saya pasti semua orang pernah melihatnya, bahkan setiap hari. Tambahan pula bagi yang bekerja ataupun belajar, pemberi isyarat ini pasti ditemui di persimpangan jalan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Jika ditanya, apakah warna-warna lampu isyarat, usahkan yang dewasa, kanak-kanak pun boleh menjawab dengan pantasnya. Merah, kuning dan hijau. Itulah warna-warnanya. Sekarang, saya ingin anda memilih urutan lampu isyarat yang sebenar...


Bagaimana? Dah dapat jawapannya? Keliru ? Nampaknya anda kena ambil ujian memandu lagi sekali.
Begitulah kita, walaupun boleh dikatakan setiap hari kita melihat lampu isyarat, namun kita masih kurang pasti akan kedudukan warnanya yang sebenar. Kenapa? Kerana kita kurang peka atau kurang ambil berat. Apa yang kita tahu, "hijau jalan!"

Tuesday, December 13, 2011

Persediaan Sebelum Berkahwin~


Musim cuti sekolah selalunya menjadi pilihan ramai pasangan untuk mendirikan rumahtangga. Saat inilah rumah menjadi meriah dengan hilai tawa adik-beradik dan saudara mara yang pulang ke kampung. Jalinan ukhwah kembali bertaut setelah sekian lama tidak berjumpa kerana kesibukan masing-masing.

Kepada para sahabat yang telah dan bakal mendirikan rumahtangga, semoga kekal bahagia hendaknya hingga ke syurga.


Dua hari lepas, saya berpeluang untuk menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan selama dua hari. Ibu tercinta menggalakkan saya menghadirinya. Kata ibu, 'senang nanti.' ^__^.Ditambah pula, kursus ini dianjurkan oleh pejabat kakak saya bekerja, dengan kerjasama JaHEAT (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu). Maka saya ‘meringankan’ kaki untuk ke sana bersama seorang sahabat yang juga merangkap jiran sebelah rumah.


Sememangnya, banyak ilmu yang dapat saya kutip di sana. Walaupun belum tahu bilakah masanya akan tiba untuk bergelar seorang isteri, namun bagi saya, kursus ini memberikan saya motivasi untuk menyediakan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum masa yang telah ditentukan-Nya itu tiba.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah peristiwa pada hari kedua kursus berlangsung. Pada sebelah pagi, para peserta kursus perlu menghadiri dua slot mengenai akidah dan ibadah. Bagi saya, tajuk ini merupakan tunjang kepada kursus pra-perkahwinan ini. Manakan tidak, di dalamnya terkandung tiga komponen terpenting, iaitu Islam, Iman dan Ihsan (3I).

Apa yang menyedihkan adalah sebahagian besar peserta seolah-olah memandang enteng pada slot ini. Ada yang berbual dengan teman di sebelah dan ada juga yang sempat melelapkan mata. Paling mengharukan, kebanyakannya adalah golongan lelaki, yang bakal menjadi nakhoda rumahtangga!

Mungkin pada pandangan mereka slot akidah agak bosan kerana biasa didengari, atau mungkin merasa sudah cukup ilmu tentangnya. Mungkin saja mereka terlupa, ilmu yang didengar berulang-ulang itu lebih mudah dihadam dan diamalkan.

Saat itu ingin sahaja saya berdiri dan berkata, ‘Wahai sahabat sekalian yang saya hormati, mungkin kalian merasakan slot ini tidak berapa penting, namun tahukah kalian bahawa sebenarnya Islam, Iman dan Ihsan diibaratkan seperti tiang, dinding dan atap sesebuah rumah. Jika tiada tiga elemen ini, maka tangga tidak akan dibina. Maka sukarlah untuk membina sebuah rumahtangga!’

Namun, kata-kata itu hanya berlegar-legar di minda, diulang-ulang ucapnya di sudut hati. Saat waktu rehat tiba, saya meluahkan apa yang bermain di minda pada sahabat yang menjadi teman saya. Dia cuma tersenyum yang saya pada firasat saya, mengiakan pendapat saya. Terima kasih teman,sekurang-kurangnya kamu sudi mendengar rasa hatiku yang tidak mampu kuluahkan pada mereka.

Buat para sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga, menunaikan sunnah Rasulullah, persiapkan diri kalian dengan ilmu Islam sewajarnya. Teguhkan hati dengan keimanan kepada-Nya dihiasi  dengan Ihsan.

Kenapa? Kerana perkahwinan merupakan satu ibadah. Ia bukan perkara main-main. Bahkan di situlah titik mula lahirnya generasi Islam yang bakal meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Melayari bahtera rumahtangga memerlukan jiwa yang kuat kerana di dalamnya terkandung pelbagai ujian dan dugaan yang bakal kita hadapi. Dan kekuatan itu kita peroleh dari keimanan kita kepada Allah. Di waktu inilah 3I tadi memainkan peranannya.

Sepasang suami isteri yang masuk ke dalam Islam secara sebenarnya akan tahu tanggungjawabnya. Sepasang suami isteri yang berusaha memelihara Iman akan takut dengan azab-Nya sekiranya mereka mengabaikan tanggungjawab. Sepasang suami isteri yang punya sifat Ihsan akan sentiasa jujur dan amanah kerana mereka tahu Allah sentiasa memerhatikan mereka, bahkan mengetahui segala yang terpendam di dalam hati mereka.
Bilamana sifat tanggungjawab, jujur, amanah dan lain-lain sifat mahmudah wujud dalam sesebuah rumahtangga, maka akan wujudlah rumahtangga yang sakinah, mawaddah warahmah. 



Akhir kalam, khas buat para muslimah di luar sana, persiapkan diri kita dengan ilmu yang sewajarnya, agar nanti kita dapat mendidik cahaya hati kita dengan acuan Islam. Perlengkapkanlah diri dengan ilmu rumahtangga seperti memasak dan sebagainya supaya jalinan kasih sayang antara keluarga sentiasa bersemi. Banyakkanlah berdoa semoga dianugerahkan-Nya seorang pendamping hidup yang soleh, berakhlak dan bertanggunggjawab.


Ayuh mujahidah, persiapkan diri untuk menjadi sang bidadari buat bakal suamimu! ^__^




Wallahua’lam

p/s: Segala yang saya kongsikan dia atas cumalah sekadar teori dan pemerhatian dari kehidupan insan sekeliling, apa yang baik jadikanlah iktibar, yang buruk jadikan sempadan. Moga bermanfaat. 








Thursday, December 8, 2011

al-Farafisyah bukan al-Faratisyah




Salam mahabbah. Sudah berbulan-bulan blog ini tidak di'update'. Terasa sangat rindu untuk kembali  ber 'blogging'.

Hari ini, saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang pernah membaca entry pertama saya di blog PENDAMBA CINTA ILAHI ini.


Terdapat sedikit kesalahan fakta di situ. Isteri kepada Khalifah Uthman bukanlah Naelah al-Faratisyah, tetapi Naelah al-Farafisyah.

Jazakallah saya ucapkan kepada sahabat yang berinisiatif untuk bertanya kenapa saya menggunakan nama al-Faratisyah. Saya menyuruhnya membaca entry yang pertama sebagai jawapannya. Namun, dalam masa yang sama saya juga mencari kembali himpunan cerita mengenai kisah wanita muslimah hebat ini. Akhirnya, saya temui bahawa nama sebenarnya adalah Naelah AL-FARAFISHAH bukannya Naelah al-Faratisyah.

Oleh itu, dengan rasminya, ‘profile name’ juga saya tukar kepada al-Farafisyah.

Sekali lagi, maaf atas kekhilafan dan terima kasih kepad semua.

Teruskan menjenguk ke laman ini untuk sama-sama kita berkongsi ilmu. InsyaAllah, selepas ini saya akan kembali aktif ber 'blogging' setelah lama berehat.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya buat kita semua.

Saturday, April 30, 2011

~Adilkah Kita~





"aduh...ngantoknya, sambung tido sket lagi."
Kita berkira untuk bangun pagi
Sujud kepada-Nya
Dengan penuh rasa kehambaan
Tatkala insan lain nyenyak dibuai mimpi


Kita berkira untuk meluangkan
masa yang sangat berharga
walau sekejap cuma
untuk kita menatap
ayat-ayat cinta-Nya


"hmm...byk kerja ni, sat lagi la baru baca Quran..."
Kita berkira untuk
berlapar dan dahaga
tidak rela kepenatan
demi meraih taqwa
walau untuk separuh hari cuma




Namun...
Kita tidak pernah nak berkira
Bila dia yang kita sayang
Minta tunggu habis kerja
Untuk sembang-sembang kosong
Melepas rindu katanya
Walau pedih mata menahan kantuk
Saat embun mula bertandang
Kita...tidak pernah mengeluh



Kita tidak pernah berkira
Untuk menunggu insan 
yang kita sayang
Menyanyikan lagu puisi cinta buat kita
Walaupun ternyata tugasan
tersusun indah di meja
Menunggu untuk diselesaikan





Kita tidak pernah berkira
Untuk berlapar dan dahaga seharian
Selagi si dia
Belum memujuk 
Membelai dengan janji-janji manis
Yang belum kita tahu benar atau tidak



Kita berkira dengan DIA yang menciptakan kita
Kita tak pernah berkira dengan dia yang dicipta oleh DIA

Adilkah kita?
Adilkah kita?
Adilkah kita?




~Tepuklah dada, tanya iman...(andai iman kita sihat, ia pasti menjawab..TIDAK!!!)

Sunday, April 17, 2011

~Kenangan Terindah

3 Januari 2011, perjalananku sebagai seorang guru pelatih bermula...
15 April 2011, perjalananku sebagai seorang guru pelatih berakhir...

Tempoh masa yang pada relatifnya singkat namun cukup untuk memberikan diri pengalaman hidup yang sangat bermakna. Jujurnya, pada awalnya, tempoh 15 minggu dirasakan agak lama. Namun, masa berjalan dengan begitu pantas, dan akhirnya 15 April muncul jua, bersedia untuk mengucapkan salam perpisahan buat kami, para guru pelatih dari USM.

Mengimbas kembali minggu pertama mengajar sehingga minggu ke minggu ke-15, pelbagai kenangan suka dan duka dilalui. 

Kelas 4 Efektif...kelas pertama yang dijejaki di sekolah ini...SMK Abdullah Munshi, Georgetown Pulau Pinang. 
~the boys in 4 Efektif...
                                                 
                                    ~the girls in 4 Efektif...

Kelas 4 Tekun...


~the boys in 4 Tekun...

~the girls in 4 Tekun...




Wajar dalam sesebuah kelas, pasti ada pelajar-pelajar yang nakal dan terkadang menguji kesabaran, namun hakikatnya merekalah yang memeriahkan suasana di dalam kelas. 

Bergelar seorang guru bukan bererti mengajar subjek yang diajar semata-mata, bahkan mendidik mereka dengan nilai-nilai dan akhlak yang baik. Mendidik mereka supaya saling menghormati, bukan sahaja guru-guru bahkan juga sahabat-sahabat mereka. Mendidik mereka supaya menggunakan kata-kata yang baik dan tertib dalam percakapan. Kedengarannya mudah, namun upayanya payah. Menyelami dan menyentuh hati mereka bukan mudah kerana mereka dalam satu fasa mencari identiti diri, fasa yang amat penting menentukan siapa mereka suatu hari nanti...Lantas, diri merasakan tanggungjawab yang besar tergalas di bahu...



Pelajar-pelajar yang cikgu sayangi, semoga kamu semua berjaya dan menjadi insan muslih. Sekiranya benar kamu ingin menjadi doktor, maka jadilah seorang doktor muslim. Apa sahaja impianmu, apa jua cita-citamu pastikan kamu sentiasa mengikuti landasan agama yang telah tergaris dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Maafkan cikgu sekiranya cikgu tidak mampu untuk menyumbangkan perubahan pada sikap kamu, namun ketahuilah cikgu sentiasa mendoakan kamu...dalam setiap sujud...dalam setiap doa...saat tahajjud...saat bertemu dengan-Nya.

Jadilah insan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, bahkan cemerlang akhlak dan sahsiahnya!



~Thank you guys for all the sweet memories...^___^



Wednesday, February 9, 2011

~Muhasabah Cinta~

Salam mahabbah. Perkongsian kali ini sebuah lagu dendangan EdCoustic. Terpikat saat pertama kali mendengarnya. Melodi yang indah, susunan aksara kata yang sangat memberi kesan.

Rayuan jiwa buat Kekasih Yang Maha Agung...Ampunkan kami Wahai Rabb Yang Maha Agung...Kami menyesali segala keterlanjuran dan dosa kami...Terimalah taubat kami...Izinkan kami berada di antara golongan yang dapat melihat wajah-Mu di sana kelak...







Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, February 5, 2011

~Suara Hati~

Bulan Februari 2011 sudah menjengah, terasa begitu cepat masa berlalu.

Hari ini, 4 Februari 2011. Hari ini ingin berkongsi rasa hati dengan kalian.






Bolehkah? Orang kata, diam tanda setuju, ^_^. 
Jadi saya teruskan ye, terima kasih. 

Kalian ada facebook, friendster, tagged, myspace atau seumpamanya?
Pasti majoriti memberikan jawapan, "Ya!".

Kenapa saya tanya soalan ni ye?
Jawapannya, sebab rasa hati yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan laman-laman sosial di atas.

Apa yang saya rasa?

Jawapannya, bercampur-baur. Semuanya berkumpul menjadi satu.
Tapi, yang pasti. Satu rasa yang paling mendominasi...SEDIH.


Kenapa SEDIH?
Sukar untuk diluahkan dengan kata.
Sukar untuk dimaknakan dengan tulisan.
Kerana ia soal hati, yang begitu abstrak untuk ditaksirkan.

Lalu, bait-bait puisi ini berlegar-legar di minda, sambil empangan jernih yang dijaga rapi pecah jua akhirnya.







Sahabatku, 
Terasa baru semalam kita terpisah
Walau hakikatnya tidak begitu...

Sahabatku, 
Lamanmu ku jengah
Bertandang mencari khabar...

Sahabatku, 
Langkahmu ku jejak
Pengubat kerinduan ini...

Sahabatku,
Namun yang kutemui
Nyata tidak mengurangkan rindu ini...

Sahabatku, 
Ternyata menjengah ke lamanmu
Menambahkan resah di hati...

Sahabatku, 
Akalku ligat berfikir
Menyusun makna di balik segalanya...

Sahabatku,
Diriku dilanda seribu satu soalan
Yang jawapannya sukar aku gali...

Sahabatku,
Berubahkah engkau kini
Setelah basah dirimu dengan tarbiyah-Nya

Sahabatku,
Inikah jalan yang engkau pilih
Setelah jenuh menajamkan imanmu...

Sahabatku,
Aku terpaku sendiri
Memikirkan arah tujuku sesudah ini...

Sahabatku,
Izinkan aku memimpin tanganmu
Bersama kita kembali ke asalnya...

Sahabatku,
Bertemu dan berpisah kita
Syurga yang hakiki pertemuan abadi...

Sahabatku,
Tiada lagi kata
Yang tinggal cuma rasa hati...

Sahabatku,
Aku sayang kamu
Sungguh ukhwah ini kerana-Nya semata...


Puisi ini hanya secuit luahan rasa hati, tanda kasih saya pada yang bergelar sahabat. Sahabat dunia dan akhirat. Sahabat yang sangat saya sayangi. Ketahuilah sahabat...ikatan akidah antara kita tidak akan pernah terputus walau jarak memisahkan kita.  Embun perjuangan yang kita rasakan tidak akan pernah terlupakan.

Sahabat...

Bila hati tak lagi untuk-Mu...

Bila jiwa tak lagi milik-Mu...

Maka nafsu akan meraja!
Maka syaitan meraih takhta!



Jangan biarkan nafsu mendominasi hidupmu. Sungguh engkau akan penat melayan kehendaknya.
Jangan biarkan syaitan menjadi tuanmu. Sungguh engkau akan tersasar jauh dari jalan-Nya.

Doaku untukmu. Jua untuk diriku.



~ Ya Allah...jangan Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk dan hidayah-Mu. ~

Sunday, January 23, 2011

~Always Be There~

Lirik yang cukup menyentuh....Always be there by Maher Zain...
Mari kita hayati....





Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah

If you ask me about love
And what I know about it
My answer would be
It’s everything about Allah

The pure love, to our souls
The creator of you... and me,
the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy 

Coz as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine


So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…


Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allah

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy 
Coz as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in all in our little heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…


Yup, HE will always be there for all the time...
Who else would you return to...
NONE...except HIM...
Thank You Allah...

Saturday, January 22, 2011

Review Buku ~ Engkau Memang Cantik

Assalamualaikum....salam rindu buat semua pengunjung laman Pendamba Cinta Ilahi. Asif kathira kerana sudah lama tidak menulis di sini. Kesibukan yang menyapa seakan tidak mengizinkan diri untuk bertemu kalian walau sebentar cuma. 

Semoga saya dan kalian semua tidak pernah berhenti dalam mengejar dan mendamba cinta-Nya kerana tidak ada yang lebih indah dari itu di bumi yang fana ini.

Di kelapangan waktu ini, ingin saya kongsikan sedikit review buku yang sedang dibaca...Engkau Memang Cantik tulisan Burhan Sodiq. Buku yang cukup lembut menyentuh seindah judulnya.









Buku ini mengeluarkan semekar bunga kecantikan dari pasu kehidupan asal untuk didefinisi semula maksud kecantikannya itu berdasarkan roh Islam. Percubaan ini dibuat demi mengesahkan sebuah hakikat bahawa Engkau Memang Cantik. Jika gadis muslimah itu tumbuh dari subur keimanan, dia tidak perlu bimbang. Walau sekerdil mana tubuh tempat tumbuhnya dan diganggu oleh pukulan badai saban waktu, namun ia tetap utuh dan memberi teduhan redup, sejak pagi hari pertama. Walaupun (katakanlah) dia mungkin boleh direjam sindiran dan ditindih kesedihan hari ke hari namun kesengsaraan sementara yang dilaluinya itu akan membentuk arus bawah berupa kekuatan berkat kesabaran. Apa yang penting ialah datar tempat dia memilih untuk tumbuh. Jika tempat itu adalah sebidang tanah bernama iman, maka di sepanjang tempoh bersabar ketika bertahan dengan cara hidup Islam itu, dia akan memugar pahala yang panjang. Bumi itulah tempat pohonnya hidup dan indah berbunga. Mehnah dan ujian akan menjadi indah; seindah senyuman seorang "Aisyah" atau seharum lintasan busana seorang bernama "Khadijah" yang labuh berbunga.

Tentu sekali kita kerugian apabila benih mukminah yang sedia tersemai dengan baik dalam usia awal remaja tiba-tiba mengalami sindrom kelesuan. Ia berpunca dari gangguan-gangguan definisi dari hal kecantikan yang terlalu ditekap oleh pihak yang tidak "mesra Islam" atas kepentingan nafsu demi mengutip laba keduniaan. Demi kekayaan? Demi karier? Demi kekasih? Demi memenuhi kehendak suami? Demi menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan tempat kerja? Demi meraikan kehadiran muda dan zaman kejelitaan? Demi menurut edaran fesyen? Demi menyahut cabaran rakan sebaya? Demi wang dan kemasyhuran?

Engkau Memang Cantik...ia melawat kamar minda untuk merawat kecederaan...

Engkau memang cantik selagi kau tidak melulu

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu

Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab

Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat

Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas

Engkau memang cantik selagi kau waras berhias

Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah

Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah

Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat

Engkau memang cantik sleagi kau lurus bertaubat

Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu

Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Quran

Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan

Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa

Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga

Engkau memang cantik selagi kau pandai menjahit dan memasak

Engkau memang cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat

Engkau memang cantik selagi kau sabar dan tenang

Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam

Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran

Engkau memang cantik selagi kau berkebajikan

Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan

Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam....

Akhir kalam, engkau memang cantik selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.

Wahai saudari seakidahku di luar sana...
Aku menganjurkan kalian membaca buku ini
Supaya kalian tahu
'Engkau memang cantik!'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)