“Alam yang maha luas ini adalah kitab,syair,lukisan,ukiran dan bangunan yang penuh keindahan dan rahsia.Tak terbatas tentunya ilmu dan kekuasaan Penciptanya.Tiap yang indah itu dicinta,tetapi yang mutlak indah hanyalah satu..Bahagialah orang yang telah sempurna cintanya kepada DIA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub batin antara dirinya dengan DIA...”
Sunday, November 7, 2010
~Pulanglah Wahai Hati~
Ya Allah...apakah rasa ini?
Ya Rahman...aku memohon kekuatan
Ya Ghaffur...aku memohon keampuan
Sungguh...sukar untuk aku menafsirkan
Sungguh...sukar untuk aku ungkapkan
Apa yang mengisi ruang kalbuku
Ya Rahman...aku memohon kekuatan
Ya Ghaffur...aku memohon keampunan
Sungguh...yang ku cari adalah ketenangan
Sungguh...yang ku cari adalah ketenangan
Hakikatnya...ku tahu
Aku perlu membawa hatiku pulang ke tempat asalnya
Hakikatnya...ku tahu
Aku perlu membawa hatiku pulang kepada pencipta-Nya
Wahai hati... Kembalilah
Wahai hati... Pulanglah
Wahai hati... Hanya Dia yang Satu
Wahai hati... Tenanglah dikau
Wahai hati... Pulanglah ke tempat asalmu
Wahai hati...Kembalilah kepada Penciptamu
Kerana di situ...
Aku tahu
Ketenangan bakal menjengah
Kerana di situ...
Aku tahu
Ketenangan akan menyapa
Wahai hati...Pulanglah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment