~welcome~

Wednesday, September 22, 2010

TIP MEMBUAT KEPUTUSAN


~Entry ini khas buat sahabat-sahabat yang masih berfikir zon mana yang bakal dipilih~

~Buat pengunjung laman PENDAMBA CINTA ILAHI sekalian, semoga ini membantu anda dalam membuat pilihan, kerana Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan. Kita harus sentiasa memilih. Kebaikan atau keburukan? Kita tidak akan pernah berhenti memilih selagi kita belum sampai ke destinasi terakhir kita, syurga yang kekal abadi. Kenapa? Kerana di sana kita peroleh apa sajayang kita mahu....~

Pernahkan anda bingung dalam membuat pilihan? Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan.


TIP MEMBUAT KEPUTUSAN

1) SOLAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah patut dijadikan prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini dijelaskan lagi dengan firmanNya:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

2) MUSYAWARAH

Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak.

Oleh sebab itu, mintalah pendapat oran soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu membuat keputusan.

3) DENGAR KATA HATI
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembaranagn hati yang kita boleh dengar kehendaknya.

Hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.





Pesanan: Tip yang diberikan ini tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Rujukan: Solusi, Isu 22, halaman 27

2 comments:

  1. post ini sgt mmbntu ku yg sedang kusut utk mbuat pilihan..

    ReplyDelete
  2. to anonymous:
    alhamdulillah, moga dimudahkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)