~welcome~

Monday, August 30, 2010

Ramadhan Bakal Pergi....



Salam Ramadhan Kareem sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Hari ini genap hari yang ke-20 Ramadhan. Apa khabar iman kita? Adakah graf iman kita terus melonjak seiring dengan berjalannya waktu? Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.

Andai Ramadhan kita samakan seperti satu perlawanan bola sepak, maka kita sekarang sudah masuk ke separuh masa kedua. Masa yang sangat-sangat genting. Setiap pasukan berlumba-lumba untuk merembat gol ke gawang gol lawan masing-masing. PASUKAN IMAN vs PASUKAN NAFSU. Berapakah gol yang telah bahagian pertahanan atau 'goal keeper' kita 'hadiahkan 'pada pihak lawan??? Kalau belum, maka bersyukurlah kerana ini ertinya kita menggunakan anugerah Ramadhan ini sebaiknya...kalau sudah banyak yang terlepas, maka muhasabah diri, peruntukkan masa yang tersisa untuk kita menyelamatkan 'gawang gol' kita daripada terus diasak pihak lawan.

Teruskan berusaha untuk menggegarkan 'gawang gol' lawan. Teruskan mengasak biar 'mereka' lelah...jangan biarkan mereka merebut 'Piala Taqwa' itu kerana mereka tidak pernah tahu menghargainya...mereka cuma ingin melihat kita terus gagal dan makin menjauh dariNYA...

~Ya Allah kurniakanlah kami 'Piala Taqwa' sebagai bekalan hidup kami di dunia, semoga dengannya kami merasakan halawatul iman~

Sekadar perkongsian, ayuh kita semak ciri-ciri yang perlu kita hindari di bulan Ramadhan, agar puasa kita bukan sekadar mendapat penat berlapar dan dahaga, bahkan kita mampu menambahkan amal dalam usaha mendekatkan diri padaNYA sekaligus menaikkan graf iman kita...insyaAllah


Ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindari:

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)Justify Full

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga membazir. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan sehinggs menghalang melakukan ibadah pada malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam

* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.

* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan.

* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.

* Malas berdoa sedangkan doa orang yang berpuasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).

* Mengabai dan meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

* Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan. Juga tidak bimbang JIKA tidak bertemu Ramadan akan datang.

* Memiliki kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)

* Kepercayaan perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat.

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.

Oleh itu, kita perlu hindari perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda pada Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (Riwayat al-Bukhari)

Rujukan: TAZKIRAH RAMADHAN, saifulislam.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)