~welcome~

Sunday, October 31, 2010

~Secerah Pawana~ (part 1)



Seindah sedamai pantai melambai gemalai

Begitulah hati merindu kasih yang padu

Bagaikan pepasir basah disimbah lautan

Begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah

Sebersih pasir pantai memutih

Seindah dan secerah pawana

Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai

Dengki dan dendam kesumat musnah

Biar keikhlasan berbicara

Di dada hati luas saujana


Hempasan ombak ke pantai, deruan pawana berpuput lembut menenangkan hati-hati kami. Subhanallah, rasa tenang. Kami bertemu lagi dalam rangka menggapai redhaMU Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mengurniakan kami nikmat Islam, nikmat iman dan nikmat tarbiyah ini...tidak terhitung nikmatMU kepada hamba-hambaMU...maka wahai manusia, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

Kami berintrospeksi diri...lihatlah alam yang terbentang luas...bagaimana kamu mengaitkan alam ini dengan kehidupan kamu?

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi itu, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang berakal." (3:190)

"(iatu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, MahaSuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (3:191)

Sahabat yang kucintai keranaNYA berkata, " Air itu merupakan komposisi terbesar dalam badan manusia...." Ya, benar sekali katanya. Justeru aku memikirkan bagaimana agaknya molekul-molekul air dalam tubuhku?

Mari sama-sama kita hayati penerangan di bawah:


Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (
segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.

Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau. Wallahua’lam.

(http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)

Subhanallah...lantas hidup kita saat ini, bagaimana agaknya perubahan molekul-molekul air dalam tubuh kita? Saat kita merasa tenang, saat kita merasa gelisah, saat kita bermunajat kepadaNYA, saat kita bermaksiat kepdaNYA? Adakah air dalam tubuh kita bertambah-tambah kecantikan dan keindahannya atapun makin memburuk? Di posisi manakah kita?

Saya jadi teringat akan sebuah kisah. Pernah membaca novel pembangun jiwa, Ayat-ayat Cinta karya Kang Abik? Saya terfikir akan babak di mana Fahri jatuh sakit lalu dimasukkan ke hospital. Fahri sakit tenat dan doktor mengesahkan dia perlu dibedah kerana didapati ada gumpalan darah beku di kepalanya. Gurunya, Syaikh Utsman datang menziarahinya. Syaikh Utsman terkenal dengan kesolehan dan keperibadian yang tinggi. Syaikh Utsman kemudiannya memberi Fahri sebotol kecil air zam-zam, dan disuruhnya Fahri untuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan berdoa untuk kesembuhannya sebelum minum air zam-zam itu.

Keesokanny, Fahri merasa badannya lebih enak, kepalanya terasa lebih ringan. Lantas, dia meminta diulang pemeriksaan. Subhanallah, ternyata gumpalan darah di kepalanya sudah tiada!
Allah itu memang Maha Hebat.

3 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih atas perkongsian. Memang benar, pernah dengar dulu tentang susunan molekul air zam zam sangat hebat. Ada dinyatakan tentang hablur apa ntah. saya sudah lupa :)

    Begitu juga air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, sangat cantik berbanding air yang terdedah kepada sumpah seranah dan ini telah dibuat kajian.

    Air. Dengannya sudah boleh membuatkan manusia berfikir.

    ReplyDelete
  2. to bintang27
    benar sekali, air sgt penting dlm kehidupan insan

    to Al-Mu'allim
    Afwan, hablur? mungkin bentuk seperti berlian yg indah tu ke?

    betul, dan ada dibuat kajian, apabila diperdengarkan dgn lagu2 heavy metal, molekul air musnah...Ya Allah, bagaimana agaknya molekul2 air dlm bdn insan yg suka dgr lagu2 mcm tu?

    sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg berakal...

    wallaha'lam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)