~welcome~

Saturday, January 22, 2011

Review Buku ~ Engkau Memang Cantik

Assalamualaikum....salam rindu buat semua pengunjung laman Pendamba Cinta Ilahi. Asif kathira kerana sudah lama tidak menulis di sini. Kesibukan yang menyapa seakan tidak mengizinkan diri untuk bertemu kalian walau sebentar cuma. 

Semoga saya dan kalian semua tidak pernah berhenti dalam mengejar dan mendamba cinta-Nya kerana tidak ada yang lebih indah dari itu di bumi yang fana ini.

Di kelapangan waktu ini, ingin saya kongsikan sedikit review buku yang sedang dibaca...Engkau Memang Cantik tulisan Burhan Sodiq. Buku yang cukup lembut menyentuh seindah judulnya.









Buku ini mengeluarkan semekar bunga kecantikan dari pasu kehidupan asal untuk didefinisi semula maksud kecantikannya itu berdasarkan roh Islam. Percubaan ini dibuat demi mengesahkan sebuah hakikat bahawa Engkau Memang Cantik. Jika gadis muslimah itu tumbuh dari subur keimanan, dia tidak perlu bimbang. Walau sekerdil mana tubuh tempat tumbuhnya dan diganggu oleh pukulan badai saban waktu, namun ia tetap utuh dan memberi teduhan redup, sejak pagi hari pertama. Walaupun (katakanlah) dia mungkin boleh direjam sindiran dan ditindih kesedihan hari ke hari namun kesengsaraan sementara yang dilaluinya itu akan membentuk arus bawah berupa kekuatan berkat kesabaran. Apa yang penting ialah datar tempat dia memilih untuk tumbuh. Jika tempat itu adalah sebidang tanah bernama iman, maka di sepanjang tempoh bersabar ketika bertahan dengan cara hidup Islam itu, dia akan memugar pahala yang panjang. Bumi itulah tempat pohonnya hidup dan indah berbunga. Mehnah dan ujian akan menjadi indah; seindah senyuman seorang "Aisyah" atau seharum lintasan busana seorang bernama "Khadijah" yang labuh berbunga.

Tentu sekali kita kerugian apabila benih mukminah yang sedia tersemai dengan baik dalam usia awal remaja tiba-tiba mengalami sindrom kelesuan. Ia berpunca dari gangguan-gangguan definisi dari hal kecantikan yang terlalu ditekap oleh pihak yang tidak "mesra Islam" atas kepentingan nafsu demi mengutip laba keduniaan. Demi kekayaan? Demi karier? Demi kekasih? Demi memenuhi kehendak suami? Demi menyesuaikan diri dengan suasana kerja dan tempat kerja? Demi meraikan kehadiran muda dan zaman kejelitaan? Demi menurut edaran fesyen? Demi menyahut cabaran rakan sebaya? Demi wang dan kemasyhuran?

Engkau Memang Cantik...ia melawat kamar minda untuk merawat kecederaan...

Engkau memang cantik selagi kau tidak melulu

Engkau memang cantik selagi kau menutup malu

Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab

Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat

Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas

Engkau memang cantik selagi kau waras berhias

Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah

Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah

Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat

Engkau memang cantik sleagi kau lurus bertaubat

Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu

Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Quran

Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan

Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa

Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga

Engkau memang cantik selagi kau pandai menjahit dan memasak

Engkau memang cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat

Engkau memang cantik selagi kau sabar dan tenang

Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam

Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran

Engkau memang cantik selagi kau berkebajikan

Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan

Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam....

Akhir kalam, engkau memang cantik selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan.

Wahai saudari seakidahku di luar sana...
Aku menganjurkan kalian membaca buku ini
Supaya kalian tahu
'Engkau memang cantik!'

2 comments:

  1. to Hunny

    ye, kita memang cantik..Islam memberikan kita rasa itu...jadi hiasilah diri kita dgn akhlak yg mantan yg telah diajarkan baginda Rasul junjungan...insyaAllah, kita akan sentiasa cantik . ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)