~welcome~

Saturday, February 5, 2011

~Suara Hati~

Bulan Februari 2011 sudah menjengah, terasa begitu cepat masa berlalu.

Hari ini, 4 Februari 2011. Hari ini ingin berkongsi rasa hati dengan kalian.






Bolehkah? Orang kata, diam tanda setuju, ^_^. 
Jadi saya teruskan ye, terima kasih. 

Kalian ada facebook, friendster, tagged, myspace atau seumpamanya?
Pasti majoriti memberikan jawapan, "Ya!".

Kenapa saya tanya soalan ni ye?
Jawapannya, sebab rasa hati yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan laman-laman sosial di atas.

Apa yang saya rasa?

Jawapannya, bercampur-baur. Semuanya berkumpul menjadi satu.
Tapi, yang pasti. Satu rasa yang paling mendominasi...SEDIH.


Kenapa SEDIH?
Sukar untuk diluahkan dengan kata.
Sukar untuk dimaknakan dengan tulisan.
Kerana ia soal hati, yang begitu abstrak untuk ditaksirkan.

Lalu, bait-bait puisi ini berlegar-legar di minda, sambil empangan jernih yang dijaga rapi pecah jua akhirnya.







Sahabatku, 
Terasa baru semalam kita terpisah
Walau hakikatnya tidak begitu...

Sahabatku, 
Lamanmu ku jengah
Bertandang mencari khabar...

Sahabatku, 
Langkahmu ku jejak
Pengubat kerinduan ini...

Sahabatku,
Namun yang kutemui
Nyata tidak mengurangkan rindu ini...

Sahabatku, 
Ternyata menjengah ke lamanmu
Menambahkan resah di hati...

Sahabatku, 
Akalku ligat berfikir
Menyusun makna di balik segalanya...

Sahabatku,
Diriku dilanda seribu satu soalan
Yang jawapannya sukar aku gali...

Sahabatku,
Berubahkah engkau kini
Setelah basah dirimu dengan tarbiyah-Nya

Sahabatku,
Inikah jalan yang engkau pilih
Setelah jenuh menajamkan imanmu...

Sahabatku,
Aku terpaku sendiri
Memikirkan arah tujuku sesudah ini...

Sahabatku,
Izinkan aku memimpin tanganmu
Bersama kita kembali ke asalnya...

Sahabatku,
Bertemu dan berpisah kita
Syurga yang hakiki pertemuan abadi...

Sahabatku,
Tiada lagi kata
Yang tinggal cuma rasa hati...

Sahabatku,
Aku sayang kamu
Sungguh ukhwah ini kerana-Nya semata...


Puisi ini hanya secuit luahan rasa hati, tanda kasih saya pada yang bergelar sahabat. Sahabat dunia dan akhirat. Sahabat yang sangat saya sayangi. Ketahuilah sahabat...ikatan akidah antara kita tidak akan pernah terputus walau jarak memisahkan kita.  Embun perjuangan yang kita rasakan tidak akan pernah terlupakan.

Sahabat...

Bila hati tak lagi untuk-Mu...

Bila jiwa tak lagi milik-Mu...

Maka nafsu akan meraja!
Maka syaitan meraih takhta!



Jangan biarkan nafsu mendominasi hidupmu. Sungguh engkau akan penat melayan kehendaknya.
Jangan biarkan syaitan menjadi tuanmu. Sungguh engkau akan tersasar jauh dari jalan-Nya.

Doaku untukmu. Jua untuk diriku.



~ Ya Allah...jangan Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk dan hidayah-Mu. ~

12 comments:

  1. salam ukhuwah
    aiwah..betoi2 menyentuh hati
    moga sahabatmu sedar akan kasih n sayang darimu
    ..berusahalah

    ReplyDelete
  2. Mari kita sepak terajang nafsu yang menggila dalam diri. heee

    ReplyDelete
  3. salam,tersinggah sini :) yep,rasa macam mengalami perasaan yg sama.. dulu dan kini sudah berbeza,huu.. smoga d'buka pntu hati shabat2 kita,dan kita truskn istiqamah.. insyaAllah~

    ReplyDelete
  4. to aisyah_syahirah

    salam ukhwah, jzk ukhti. insyaAllah, ameen.

    ReplyDelete
  5. to Tunduk Mengalah

    ayuh! kita berperang dgn nafsu yang menggila kehendaknya. semoga ia menjadi nafsu mutma'innah...

    ReplyDelete
  6. to qila~

    wsalam.

    ameen, insyaAllah. semoga Allah terus memberikan kita kekuatan. mujahadah itu memang payah, namun harus, itulah mahar ke syurga-Nya.

    ~teruskan menyinggah ^_^

    ReplyDelete
  7. salam ziarah...nice hasil nukilan ukhti...ana pun mengalami cerita yg sama..byk2kan berdoa spy sahabat2 kita kembali dlm tarbiahNya...

    ReplyDelete
  8. to aishah

    syukran ala ziarah ya ukhti habibati...

    insyaAllah, sama-sama kita doakan.

    ReplyDelete
  9. salam ziarah :)

    puisi yang cukup menyentuh hati..insyaallah, semoga allah sentiasa tingkatkan iman kita dan beri petunjuk.doakan cik as juga ya.:)

    ReplyDelete
  10. salam kpd penulis :)

    menyinggah juga...^^

    tp, mmg tersentuh hati... huhu... kadang, macam terfikir yg watak dlm puisi tu cm tepat pd diri... huhu... T_T risau jugak... sedih jugak...andai diri ini, semakin jauh darinya... huhu

    anyway, jazakillah kak.. atas peringatan tu..huhu...

    lupe nk ckp, sy da deactivate fb..ats reason tertentu.. huhu.. doakn sy kuat ea... amin~

    salam :)

    ReplyDelete
  11. to Cik As:

    Wsalam. syukran ala ziarah.

    ameen, insyaAllah. Sama-sama kita doakan semoga sentiasa dlm hidayah-Nya.

    ReplyDelete
  12. to ikan:)

    wsalam.

    semoga anti terus kuat. peringatan buat kita semua ya ukhti habibati.

    jgn lost contact, apa2 nak kongsi boleh ym akak ye syg.

    insyaAllah, akan sentiasa mendoakan anti kuat di sana...

    ~menyinggah lagi ye ^__^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)