~welcome~

Wednesday, September 22, 2010

TIP MEMBUAT KEPUTUSAN


~Entry ini khas buat sahabat-sahabat yang masih berfikir zon mana yang bakal dipilih~

~Buat pengunjung laman PENDAMBA CINTA ILAHI sekalian, semoga ini membantu anda dalam membuat pilihan, kerana Hidup Adalah Ujian Membuat Pilihan. Kita harus sentiasa memilih. Kebaikan atau keburukan? Kita tidak akan pernah berhenti memilih selagi kita belum sampai ke destinasi terakhir kita, syurga yang kekal abadi. Kenapa? Kerana di sana kita peroleh apa sajayang kita mahu....~

Pernahkan anda bingung dalam membuat pilihan? Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan.


TIP MEMBUAT KEPUTUSAN

1) SOLAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah patut dijadikan prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Ini dijelaskan lagi dengan firmanNya:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

2) MUSYAWARAH

Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak.

Oleh sebab itu, mintalah pendapat oran soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu membuat keputusan.

3) DENGAR KATA HATI
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembaranagn hati yang kita boleh dengar kehendaknya.

Hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.





Pesanan: Tip yang diberikan ini tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Rujukan: Solusi, Isu 22, halaman 27

Tuesday, September 21, 2010

LM oh LM....


Tok!Tok!Tok!
Kedengaran bunyi pintu bilikku diketuk. Aku bangun lantas membuka pintu. Oh, jiran sebelah rupanya.

"Dah boleh isi borang LM, online."

Dia menyerahkan sehelai kertas yang tertulis url laman web tersebut. Aku yang agak terkejut dengan khabar itu mengucapkan terima kasih sebelum menyalin url tersebut.

"Due date 24hb ni, first come first serve." Katanya lagi.

"24?". Panik. Cepatnya!

Aku bergegas ke bilik 'coursemate' untuk memberitahu mereka hal tersebut. Kemudian, aku kembali ke bilik untuk mengisi borang LM.

"Hmm...nak pilih mana ni...penang? takut...tapi toastmaster..."

Aku mencapai handphone di meja.

"Eh, ada mesej...."

Alfaratisyah, nak dtg x , kami dah balik dari klinik.

Byk lagi ke?

Kalau awak datang, boleh tolong edit gambar.

"Maksudnya kehadiranku diperlukan. Alamak...borang ni...x kan nak tinggal macam ni, dah penat isi...tapi tak tau nak pilih mana...hmm...tak pe la, pilih dulu, nanti edit."

Zon 1: Nibong Tebal
Zon 2: Sungai Petani

Kemudian, dengan yakinnya aku menekan kekunci save. Alhamdulillah. Aku cuba ke bahagian Edit Profile. Tapi tiada pilihan tempat di situ. Aku menekan butang Daftar LM.

Maaf, rekod kami menunjukkan anda telah mendaftar.

Ya Allah...dah tak boleh tukar! Macam mana ni? Alamak, tu la..kalut sangat nak isi... sekarang dah tak boleh tukar...Ya Allah, betul ke pilihan aku ni...Eh, dah lambat ni nak pergi bilik diorang. Aku bergegas bersiap sebelum keluar. Laptop kesayanganku dibawa bersama...hati tetap berdebar-debar memikirkan apa yang baru saja berlaku. Menyesal..keluh kesah dan seumpamanya...dan pelbagai kalaulah bermain di minda...Kalaulah begini....kalaulah begitu...

Tiba-tiba hati berdetik...Ya Allah, apa yang aku buat ni? Bukankah ini semua berlaku dengan izinMu? Bukankah Dia sebaik-baik perancang? Bukankah Dia Maha Tahu apa yang terbaik untukku. Hatiku kembali tenang. Tambah menyamankan jiwa yang gelisah, petikan hadith ke-19...
" Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering." (HR Tirmidzi)

Wahai diri, tenanglah...yakinlah ini yang terbaik untukmu...
yakinlah wahai diri, Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utkmu. Tidak akan pernah ada satu perkara pun yg terjadi ke atas dirimu melainkan dgn izinNya. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg perlu kau gali. Bersabarlah. La Tahzan, Allah bersamamu...

~Begitulah kisahku dan LM...pada sahabat-sahabat yang bakal LM jua sem depan, di sini suka ingin aku kongsikan bersama kalian...kalian pasti pening, buntu, keliru, takut dan seumpamanya...Semuanya bersatu menjadi satu...terimalah...

*TIP MEMBUAT KEPUTUSAN*

1) Solat istikharah

2) Musyawarah

3) Dengar kata hati


Masih keliru? Rujuk majalah SOLUSI Isu 22 halaman 27.

atau

Baca entry berikutnya dariku...=)

SELAMAT MEMBUAT PILIHAN. MOGA ALLAH MUDAHKAN SEGALA URUSAN.

Tuesday, September 14, 2010

EID MUBARAK

*Entry ringkas buat kalian*

Rasanya belu terlambat untuk saya ucapkan...

Buat semua pengunjung dan pembaca laman PENDAMBA CINTA ILAHI, teristimewa buat 'followers'...
SALAM AIDILFITRI...
SELAMAT HARI RAYA...

Semoga Aidilfitri kali ni membawa kebahagiaan buat kalian semua. Moga sentiasa dalam redhaNYA.

Wednesday, September 8, 2010

REFLEKS KEMBALI: AZAM RAMADHAN???

Hari ini genap hari ke-29 umat Islam berpuasa. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sangat hampir. Bagaimana dengan hari-hari yang telah kita lalui sepanjang bulan yang penuh berkah ini? Adakah kita penuhi setiap hari dengan beribadah kepadaNYA? Adakah kita penuhi setiap detik dengan mengingatiNYA?

Ataupun adakah hari-hari yang telah berlalu kita siakan tanpa sebarang amalan yang mampu mendekatkan lagi kita padaNYA. Adakah kita cuma menjadikan puasa ini sebagai adat kebiasaan kita setiap tahun, jauh sekali tertanam keinginan untuk menghargai setiap saat yang berlalu. Nauzubillah…semoga Allah menjauhi kita dari rasa itu. InsyaAllah saya percaya anda semua pengunjung laman PENDAMBA CINTA ILAHI ini adalah golongan yang sentiasa menghargai setiap saat yang berlalu di bulan mulia ini.

Masih ingat azam kalian di awal Ramadhan? Bagaimana kiranya saat ini adakah sudah tercapai, hampir tercapai atau belum tercapai?

“Ya Allah, aku ingin merebut Piala Taqwa, bantu aku Ya Allah…ubati hatiku dari segala penyakit…ubati hatiku dari rasa riak, ujub, takbur dan sombong…ubati hatiku dari rasa benci, dendam dan iri…ubati hatiku dari segala penyakit jiwa…jadikanlah aku orang yang ikhlas…jika hatiku ini tidak lagi mampu diubati, maka aku mohon Ya Allah…aku mohon dengan sangat…kurniakan aku SEKEPING HATI BARU…agar aku menjadi hambaMU yang Engkau redhai. Redha dan meredhai…”

Kepada yang sudah berjaya merealisasikan azam Ramadhan kalian kali ini, sekalung tahniah saya ucapkan. Semoga kalian keluar dari bulan Ramadhan ini dengan jiwa yang utuh dan kental menghadapi sebarang mehnah dan ujian dari Yang Maha Esa. Namun, jangan pula kalian mudah berputus asa, Ramadhan masih tersisa, hargailah…

“Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir…

tentu siangnya kita sibuk melagukan zikir rindu kepadaNYA,

bersolat dengan penuh khusyuk lagi tawaduk…

menghambakan diri padaNYA…

menangisi kecurangan janji, takkan siakan walau sesaat…

kecuali mendendangkan Al Quran dan memenuhi malam dengan tahajjud…

memohon kasih dan belasNYA…

mempersiapkan diri menanti Izrail datang menjemput…”


Kepada kalian yang hampir dan belum berjaya, jangan pernah mengundur kerana kalian masih punya waktu. Dua hari yang tersisa ini pergunakan sebaiknya untuk mencapai azam Ramadhan kalian. Andai tilawah belum cukup 30 juzu’, teruskan tanpa rasa jenuh dan jemu. Al-Quran itu surat cintaNYA untuk kalian, yang di dalamnya terkandung penawar. Nikmatilah setiap bait darinya kerana ia teman saat berduka, sahabat saat gembira. Petunjuk sepanjang jalan. Ia mengkhabarkan nikmatNYA pada kita agar kita menjadi hamba yang bersyukur dan redha. Ia mengkhabarkan azlabNYA agar kita sentiasa menjaga diri dari murkaNYA. Semoga roh Al-Quran terus mewangi dalam diri kita, sentiasa menjadi peneman ke mana sahaja walau nanti Ramadhan pergi meninggalkan kita…


Semoga Ramadhan kali ini membawa impak dalam diri kita, membersihkan hati,raja segala anggota dari segala kekotoran. Semoga Ramadhan kali ini membawa satu anjakan paradigma….Islam itu indah,sungguh….tiadalah yang paling benar melainkan Islam tercinta…


”Wahai Ramadhan, semoga pemergianmu kali ini menjadi titik mula untuk kita bertemu lagi di tahun mendatang…”

Tuesday, September 7, 2010

Menulis CERPEN???

Semenjak di bangku sekolah, menulis memang menjadi hobiku. Aku suka subjek Bahasa Melayu dan aku paling suka bila cikgu memfokuskan pada penulisan, paling tepat penulisan cereka. Kenapa? Sebab aku boleh buat apa-apa saja cerita yang aku suka. Tapi, masalahnya bila dah mula, aku tak tahu nak berakhir di mana? Sampai kadang-kadang rasa malas pulak nak fikir kesudahan cerita tu...akhirnya aku dah tak kisah la macam mana, asalkan cerita tu tak tergantung...tapi tetap menarik dan ada pengajarannya...kemudian, aku terfikir...sebab itulah pentingnya 'mind map', petunjuk untuk jalan cerita kita...setiap yang bermula pasti ada akhirnya...cikgu selalu menekankan tentang pentingnya 'storyline' atau 'mind map' ni tiap kali sebelum memulakan satu-satu karangan atau penulisan. Tapi aku ni memang jenis liat buat tu semua...(jangan ikut ye)

Apa pun sebenarnya memikirkan atau merancang pengakhiran sesuatu itu sangat penting...sepertimana pentingnya kita merancang pengakhiran hidup kita itu nanti bagaimana...di manakah kita berada, di syurgaNYA atau sebaliknya?

~ BEGIN WITH THE END IN MIND ~

Memang kita tidak mampu untuk menentukan di mana tempat kematian kita, bagaimana kita saat itu, namun kita mampu untuk mempersiapkan diri kita supaya dalam redhaNYA sentiasa...Sesungguhnya MATI itu PASTI..dan setiap anak Adam akan merasakannya...saat dan ketikanya telah ditentukan di dalam kitabNYA...

Kalau kita memilih syurga sebagai tempat pengakhiran kita, maka seluruh hidup kita pastinya dihabiskan dengan beramal ibadah kepadaNYA...kita melakukan perkara yang disuruhNYA, mengikuti sunnah kekasihNYA dan meninggalkan laranganNYA...

Kalau kita memilih sebaliknya, maka sebaliknyalah yang kita berbuat...

~ BEGIN WITH THE END IN MIND ~

Sahabat sekalian, oleh kerana cintaku yang amat mendalam terhadap penulisan...maka aku bercadang untuk mempersembahkan karyaku pada kalian...CINTA vs cinta...
Nantikan kemunculannya...

~Saat Penaku Menari di Pentasnya~


Salam buat semua pelawat PENDAMBA CINTA ILAHI. Teristimewa buat 'followers', terima kasih, jazakumullah wa khairan jaza, semoga Allah merahmati kita semua. Semoga kehadiran blog ini di dunia maya mampu membantu mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta, insyaAllah.

Entry kali ini sedikit berbeza, istimewa buat pengikut setia PENDAMBA CINTA ILAHI.

~Saat Penaku Menari di Pentasnya~

Penaku adalah jemariku yang dianugerahkan TUHAN yang menari di papan kekunci selaku pentasnya.

PENDAMBA CINTA ILAHI...kenapa ya aku memilih nama ini buat tatapan semua? Tidak lain kerana sesungguhnya aku amat mengharapkan CINTA-NYA. Terlalu. Aku merasakan hidup ini tidak akan bererti sebelum aku mendapatkan CINTA-NYA.

Justeru, jemari 'pemberian' NYA ini ku gerakkan, untuk mengajak kalian (wahai sahabatku) turut sama mengejar CINTA-NYA. Sungguh aku merasa bahagia saat manusia seluruhnya kembali kepada Yang Maha Sempurna.

~Ya Tuhan, kurniakan aku CINTAMU sebelum nyawa terpisah dari jasad~

Aku jua menulis atas rasa cintaku kepada kalian (wahai sahabatku)...sungguh aku mencintai kalian sepenuh hatiku keranaNYA. Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...

Aku merasa senang saat penaku menari di pentasnya...aku bahagia kerana aku bisa berkongsi rasa dengan kalian (wahai sahabatku)...

~Saat Penaku Menari di Pentasnya~

Wahai sahabat, ku kira dapat kalian simpulkan...ku gerakkan penaku di pentasnya kerana apa???
Kerana satu rasa...
CINTA dan cinta...
CINTA PADA SANG PENCIPTA
dan cinta pada yang diciptakan...
itulah KAMU WAHAI SAHABAT...
AKU CINTA PADA RABBKU
dan
AKU CINTA PADA KAMU SAHABATKU


Sunday, September 5, 2010

EMPAT SEBAB SEMBUNYI LAILATUL QADAR

Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan.

Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.
MAKSUD SURAH AL-QADAR

Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( al-Quran ) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR

Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.

1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.

2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.

3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.

4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.

SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR

Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat

Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr

Source: ePondok

http://feryco.com/4-sebab-sembunyi-lailatul-qadar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)