Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah
Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih
Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana
Hempasan ombak ke pantai, deruan pawana berpuput lembut menenangkan hati-hati kami. Subhanallah, rasa tenang. Kami bertemu lagi dalam rangka menggapai redhaMU Ya Allah...Terima kasih Ya Allah kerana Engkau mengurniakan kami nikmat Islam, nikmat iman dan nikmat tarbiyah ini...tidak terhitung nikmatMU kepada hamba-hambaMU...maka wahai manusia, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Kami berintrospeksi diri...lihatlah alam yang terbentang luas...bagaimana kamu mengaitkan alam ini dengan kehidupan kamu?
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi itu, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang berakal." (3:190)
"(iatu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, MahaSuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (3:191)
Sahabat yang kucintai keranaNYA berkata, " Air itu merupakan komposisi terbesar dalam badan manusia...." Ya, benar sekali katanya. Justeru aku memikirkan bagaimana agaknya molekul-molekul air dalam tubuhku?
Mari sama-sama kita hayati penerangan di bawah:
Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran.
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang. Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau. Wallahua’lam.
(http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)
Keesokanny, Fahri merasa badannya lebih enak, kepalanya terasa lebih ringan. Lantas, dia meminta diulang pemeriksaan. Subhanallah, ternyata gumpalan darah di kepalanya sudah tiada!
Allah itu memang Maha Hebat.
air memang penting untuk kita
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Memang benar, pernah dengar dulu tentang susunan molekul air zam zam sangat hebat. Ada dinyatakan tentang hablur apa ntah. saya sudah lupa :)
Begitu juga air yang dibacakan ayat-ayat al-quran, sangat cantik berbanding air yang terdedah kepada sumpah seranah dan ini telah dibuat kajian.
Air. Dengannya sudah boleh membuatkan manusia berfikir.
to bintang27
ReplyDeletebenar sekali, air sgt penting dlm kehidupan insan
to Al-Mu'allim
Afwan, hablur? mungkin bentuk seperti berlian yg indah tu ke?
betul, dan ada dibuat kajian, apabila diperdengarkan dgn lagu2 heavy metal, molekul air musnah...Ya Allah, bagaimana agaknya molekul2 air dlm bdn insan yg suka dgr lagu2 mcm tu?
sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg berakal...
wallaha'lam