Bulan Februari 2011 sudah menjengah, terasa begitu cepat masa berlalu.
Hari ini, 4 Februari 2011. Hari ini ingin berkongsi rasa hati dengan kalian.
Bolehkah? Orang kata, diam tanda setuju, ^_^.
Jadi saya teruskan ye, terima kasih.
Kalian ada facebook, friendster, tagged, myspace atau seumpamanya?
Pasti majoriti memberikan jawapan, "Ya!".
Kenapa saya tanya soalan ni ye?
Jawapannya, sebab rasa hati yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan laman-laman sosial di atas.
Apa yang saya rasa?
Jawapannya, bercampur-baur. Semuanya berkumpul menjadi satu.
Tapi, yang pasti. Satu rasa yang paling mendominasi...SEDIH.
Kenapa SEDIH?
Sukar untuk diluahkan dengan kata.
Sukar untuk dimaknakan dengan tulisan.
Kerana ia soal hati, yang begitu abstrak untuk ditaksirkan.
Lalu, bait-bait puisi ini berlegar-legar di minda, sambil empangan jernih yang dijaga rapi pecah jua akhirnya.
Sahabatku,
Terasa baru semalam kita terpisah
Walau hakikatnya tidak begitu...
Sahabatku,
Lamanmu ku jengah
Bertandang mencari khabar...
Sahabatku,
Langkahmu ku jejak
Pengubat kerinduan ini...
Sahabatku,
Namun yang kutemui
Nyata tidak mengurangkan rindu ini...
Sahabatku,
Ternyata menjengah ke lamanmu
Menambahkan resah di hati...
Sahabatku,
Akalku ligat berfikir
Menyusun makna di balik segalanya...
Sahabatku,
Diriku dilanda seribu satu soalan
Yang jawapannya sukar aku gali...
Sahabatku,
Berubahkah engkau kini
Setelah basah dirimu dengan tarbiyah-Nya
Sahabatku,
Inikah jalan yang engkau pilih
Setelah jenuh menajamkan imanmu...
Sahabatku,
Aku terpaku sendiri
Memikirkan arah tujuku sesudah ini...
Sahabatku,
Izinkan aku memimpin tanganmu
Bersama kita kembali ke asalnya...
Sahabatku,
Bertemu dan berpisah kita
Syurga yang hakiki pertemuan abadi...
Sahabatku,
Tiada lagi kata
Yang tinggal cuma rasa hati...
Sahabatku,
Aku sayang kamu
Sungguh ukhwah ini kerana-Nya semata...
Puisi ini hanya secuit luahan rasa hati, tanda kasih saya pada yang bergelar sahabat. Sahabat dunia dan akhirat. Sahabat yang sangat saya sayangi. Ketahuilah sahabat...ikatan akidah antara kita tidak akan pernah terputus walau jarak memisahkan kita. Embun perjuangan yang kita rasakan tidak akan pernah terlupakan.
Sahabat...
Bila hati tak lagi untuk-Mu...
Bila jiwa tak lagi milik-Mu...
Maka nafsu akan meraja!
Maka syaitan meraih takhta!
Jangan biarkan nafsu mendominasi hidupmu. Sungguh engkau akan penat melayan kehendaknya.
Jangan biarkan syaitan menjadi tuanmu. Sungguh engkau akan tersasar jauh dari jalan-Nya.
Doaku untukmu. Jua untuk diriku.
~ Ya Allah...jangan Engkau bolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk dan hidayah-Mu. ~