~welcome~

Sunday, April 17, 2011

~Kenangan Terindah

3 Januari 2011, perjalananku sebagai seorang guru pelatih bermula...
15 April 2011, perjalananku sebagai seorang guru pelatih berakhir...

Tempoh masa yang pada relatifnya singkat namun cukup untuk memberikan diri pengalaman hidup yang sangat bermakna. Jujurnya, pada awalnya, tempoh 15 minggu dirasakan agak lama. Namun, masa berjalan dengan begitu pantas, dan akhirnya 15 April muncul jua, bersedia untuk mengucapkan salam perpisahan buat kami, para guru pelatih dari USM.

Mengimbas kembali minggu pertama mengajar sehingga minggu ke minggu ke-15, pelbagai kenangan suka dan duka dilalui. 

Kelas 4 Efektif...kelas pertama yang dijejaki di sekolah ini...SMK Abdullah Munshi, Georgetown Pulau Pinang. 
~the boys in 4 Efektif...
                                                 
                                    ~the girls in 4 Efektif...

Kelas 4 Tekun...


~the boys in 4 Tekun...

~the girls in 4 Tekun...




Wajar dalam sesebuah kelas, pasti ada pelajar-pelajar yang nakal dan terkadang menguji kesabaran, namun hakikatnya merekalah yang memeriahkan suasana di dalam kelas. 

Bergelar seorang guru bukan bererti mengajar subjek yang diajar semata-mata, bahkan mendidik mereka dengan nilai-nilai dan akhlak yang baik. Mendidik mereka supaya saling menghormati, bukan sahaja guru-guru bahkan juga sahabat-sahabat mereka. Mendidik mereka supaya menggunakan kata-kata yang baik dan tertib dalam percakapan. Kedengarannya mudah, namun upayanya payah. Menyelami dan menyentuh hati mereka bukan mudah kerana mereka dalam satu fasa mencari identiti diri, fasa yang amat penting menentukan siapa mereka suatu hari nanti...Lantas, diri merasakan tanggungjawab yang besar tergalas di bahu...



Pelajar-pelajar yang cikgu sayangi, semoga kamu semua berjaya dan menjadi insan muslih. Sekiranya benar kamu ingin menjadi doktor, maka jadilah seorang doktor muslim. Apa sahaja impianmu, apa jua cita-citamu pastikan kamu sentiasa mengikuti landasan agama yang telah tergaris dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Maafkan cikgu sekiranya cikgu tidak mampu untuk menyumbangkan perubahan pada sikap kamu, namun ketahuilah cikgu sentiasa mendoakan kamu...dalam setiap sujud...dalam setiap doa...saat tahajjud...saat bertemu dengan-Nya.

Jadilah insan yang bukan sahaja cemerlang akademiknya, bahkan cemerlang akhlak dan sahsiahnya!



~Thank you guys for all the sweet memories...^___^



4 comments:

  1. Semoga berjaya menjadi guru yang berjaya dan dihormati.

    ReplyDelete
  2. salam 'alaik

    Patutnya lama tak menulis. Rupanya sibuk mengajar. Apapun, dunia pendidikan sebenar berlainan dengan praktikum. Namun, ana yakin, ukhti pasti boleh.

    Moga menjadi seorang guru yang hebat dan penuh dedikasi dalam mendidik.

    ReplyDelete
  3. to Kunang-Kunang
    Amin...syukran ats doanya =)

    ReplyDelete
  4. to Al-Mu'allim

    Wsalam

    Ya, memang sangat berbeza. Pengalaman menjadi guru sementara di sekolah lama, walaupun sekejap namun memberikan pengalaman yang nyata cukup berbeza, terpaksa 'menggarangkan' diri.

    InsyaAllah, jazakallah atas doanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)