~welcome~

Sunday, January 27, 2013

Jauh...


Walaupun aku kini jauh...

Aku tidak pernah berhenti kerana aku yakin akan ganjaran dari-Nya.
Aku sentiasa menguatkan jiwa kerana aku ingin cinta-Nya.
Aku pacakkan semangatku sekukuh akar banir demi redha-Nya.

Namun...

terkadang aku rasa penat untuk berjalan dan terus berlari
terkadang aku rasa lelah dan jiwaku lemah
terkadang aku rasa semangatku kian gugur bak daun yang tida dibaja...

~Ya, aku kini jauh...Mungkin juga aku tidak seperti dulu. Mungkin juga gerakku tidak sepantas dulu. Mungkin juga ilmuku tidak seampuh dulu.

~Ya, aku kini jauh...namun tidak sesekali membuat kalian juga jauh. Malah kalian selalu ada dalam doaku, dalam setiap sujudku yang panjang kala aku menghadap Tuhanku.

~Ya, aku kini jauh...lantas, apakah aku kini juga jauh dari hati kalian? Jauh dari semangat kalian? Jauh dari hangatnya ukhwah yang pernah kita baja dan semai atas nama cinta-Nya?


Gambar 'dipinjam' di sini


~Ya, aku kini jauh...namun aku tidak ingin kian menjauh...

Ya Allah bangkitkan kembali semangatku, bangunkan kembali jiwaku, sirami kembali hatiku...

:.Manusia itu mungkin melupakan saat kalian tidak lagi bersama mereka. Namun jangan kalian lupa, kalian ada DIA yang sentiasa dekat dan mendekat walaupun kalian menjauh dan kian jauh.:


p/s: Senyumlah wahai diri walau hatimu terluka. Kerana kamu punya DIA.^____^

Friday, January 18, 2013

KURSUS ZAKAT DAN UMRAH

Tanggal 12 Januari yang lalu semua guru dan kakitangan sekolah dikehendaki menghadiri Kursus Zakat dan Umrah yang dianjurkan BKGK sekolah sebagai salah satu latihan dalam perkhidmatan (ladap) kami untuk tahun ini.

Bagi saya, kursus sebegini sangat istimewa apatah lagi ia dikira sebagai ladap kami. (Kami perlu cukupkan paling kurang 7 hari ladap dalam masa setahun). 

Kursus dimulakan dengan slot zakat. Pengisian yang bermanfaat dari seorang ustaz muda anak jati negeri tempat saya ditempatkan. Beliau menerangkan perkara-perkara yang penting sekitar zakat seperti jenis, kadar dan golongan yang layak mendapat zakat. Alhamdulillah, banyak ilmu dan input baru yang saya dapat dari slot ini. 

Kemudian kami rehat sebelum mengikuti slot kedua iaitu slot bersama agensi haji dan umrah, Al Zahabi Travel Sdn Bhd



Tempoh masa kurang lebih 2 jam 30 minit bersama penceramah terasa seperti begitu pantas. Penceramah sangat bijak menyusun kata dalam menarik minat kami para pendidik. Beliau juga menyelitkan lawak jenaka yang 'berisi' dalam membuka mata hati kami.

Apa yang lebi menarik, penceramah ini banyak bercerita tentang sirah nabi dan para sahabat. Hati yang telah lama tidak 'disiram' terasa segar kembali. Rasa rindu pada Rasulullah kembali membara. Sungguh, terasa diri umatnya yang tidak bersyukur...baginda begitu menyayangi kita sedang kita sering lupa untuk berselawat atas baginda. Betapa hebat pengorbanan para sahabat, namun kita lebih memilih untuk mengenali artis-artis yang melalaikan daripada mengkaji sosok peribadi mereka. Tanpa sedar, mengalir manik-manik jernih dari tubir mata. 

Sejujurnya, slot ini makin mencambah rindu pada baginda, juga menambahkan lagi keinginan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Semoga Allah mengurniakan rezeki-Nya, insyaAllah.

Semoga para penceramah yang berkongsi ilmu dengan kami hari itu mendapat redha-Nya. Semoga ilmu yang kami perolehi diberkahi-Nya. Dan semoga sekolah saya menganjurkan kursus-kursus yang bermanfaat dan membina jiwa jua rohani kami para pendidik. Kerana bagi saya, orang yang mengajarkan ilmu itu, hatinya perlu sentiasa disirami nur ilmu agar penyampaiannya akan lebih berkesan. 




p/s: Doakan saya dimurahkan rezeki. Sangat teringin untuk ke tanah suci. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)