~welcome~

Monday, August 30, 2010

Ramadhan Bakal Pergi....



Salam Ramadhan Kareem sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Hari ini genap hari yang ke-20 Ramadhan. Apa khabar iman kita? Adakah graf iman kita terus melonjak seiring dengan berjalannya waktu? Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.

Andai Ramadhan kita samakan seperti satu perlawanan bola sepak, maka kita sekarang sudah masuk ke separuh masa kedua. Masa yang sangat-sangat genting. Setiap pasukan berlumba-lumba untuk merembat gol ke gawang gol lawan masing-masing. PASUKAN IMAN vs PASUKAN NAFSU. Berapakah gol yang telah bahagian pertahanan atau 'goal keeper' kita 'hadiahkan 'pada pihak lawan??? Kalau belum, maka bersyukurlah kerana ini ertinya kita menggunakan anugerah Ramadhan ini sebaiknya...kalau sudah banyak yang terlepas, maka muhasabah diri, peruntukkan masa yang tersisa untuk kita menyelamatkan 'gawang gol' kita daripada terus diasak pihak lawan.

Teruskan berusaha untuk menggegarkan 'gawang gol' lawan. Teruskan mengasak biar 'mereka' lelah...jangan biarkan mereka merebut 'Piala Taqwa' itu kerana mereka tidak pernah tahu menghargainya...mereka cuma ingin melihat kita terus gagal dan makin menjauh dariNYA...

~Ya Allah kurniakanlah kami 'Piala Taqwa' sebagai bekalan hidup kami di dunia, semoga dengannya kami merasakan halawatul iman~

Sekadar perkongsian, ayuh kita semak ciri-ciri yang perlu kita hindari di bulan Ramadhan, agar puasa kita bukan sekadar mendapat penat berlapar dan dahaga, bahkan kita mampu menambahkan amal dalam usaha mendekatkan diri padaNYA sekaligus menaikkan graf iman kita...insyaAllah


Ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindari:

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)Justify Full

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga membazir. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan sehinggs menghalang melakukan ibadah pada malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam

* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.

* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan.

* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.

* Malas berdoa sedangkan doa orang yang berpuasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).

* Mengabai dan meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

* Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan. Juga tidak bimbang JIKA tidak bertemu Ramadan akan datang.

* Memiliki kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)

* Kepercayaan perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat.

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.

Oleh itu, kita perlu hindari perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda pada Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (Riwayat al-Bukhari)

Rujukan: TAZKIRAH RAMADHAN, saifulislam.com

Thursday, August 26, 2010

~Destinasi Cinta~


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)




p/s: lagu kegemaranku..sama-sama kita hayati maksudnya ya sahabat...

Tuesday, August 17, 2010

CINTA vs cinta



Ya Allah, kenapa rasa ini hadir, sebelum aku betul-betul meletakkan rasa cintaku yang teratas padaMu. Kenapa rasa ini hadir sebelum aku betul-betul menyerahkan sekeping hati ini untukmu...Ya Allah, sungguh aku merasa berat dengan ujianMu...terkadang aku merasa tak terdaya...terkadang aku merintih pilu dalam munajatku agar Engkau tidak menganugerahkanku rasa itu sebelum tiba waktunya...sungguh Ya Allah aku belum bersedia...jiwa ini masih rapuh, iman ini tersangat lemah...

Wahai hati, kenapa ini yang kau rasakan, kenapa kembali mengulit kenangan, padahal itu yang harus kau lupakan...

Wahai hati, tak terdayakah kau menahan gejolak rasa ini, sungguh kau belum cukup bersedia...

Ya Rabb, jika benar dia milikku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
jika benar dia bukan milikku, maka jadikanlah aku termasuk golongan hambaMu yang redha dengan ketentuanMu...

Wahai diri, sesungguhnya telah Rabbmu nukilkan di dalam surat cintanya utkmu...bahawa sesungguhnya "at-toyyibat littoyyibin..." (an-nur:26)
Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Telah terungkap sebaris nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama.

Wahai diri, lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada CINTA HAKIKI nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan...

Ya Allah, teguhkan aku di jalanMu, agar si dia turut berada dalam redhaMu...
Ya Allah, perindahkanlah akhlakku, agar si dia turut dihiasi akhlak yang cantik...
Ya Rahman, aku mohon CINTAMU...agar jiwa ini terisi, hati ini terus tenang dalam dakapan KASIHMU...
Ya Rahim, aku mohon pelihara si dia walau di mana jua dia berada...dekatkan dia padaMu Ya Rabb..kerana sesungguhnya tidak ada sebaik-baik pelindung selainMU...

Monday, August 16, 2010

~KENAPA~



Kenapa jiwa rasa terbeban
Kenapa hati terasa rawan
Kenapa akal tak mampu rasional
Kenapa diri terasa lemah
Kenapa nafsu tak mampu dikawal

Kerana…

Lemahnya iman
Kerana…
Banyaknya dosa
Kerana…
Serongnya niat
Kerana…
Tingginya ego
Kerana…
Jauhnya diri
Dari RABB YANG MAHA AGUNG

Duhai diri…

Bangkitlah dari kelemahan imanmu!
Duhai diri…
Bangkitlah dari keegoan dirimu!
Duhai diri…
Bangkitlah dari perangkap nafsumu!

Demi deenul Islam

Demi dakwah ini
Demi ukhwah ini

Agar…

Berkembang harum mewangi
Agar …
Terhampar seluas duniawi
Agar…
Dijulang setinggi samawi
Syariat YANG MAHA SATU!


Nukilan,

alFaratisyah

JALAN ITU





Saudaraku…
Aku kini berada di suatu jalan
Jalan yang jarang dilalui orang lain
Jalan yang panjang
Jalan yang penuh dengan duri…

Saudaraku…

Aku kini berada di suatu jalan
Jalan yang tidak dihampari dengan karpet merah
Jalan yang tidak ditaburi dengan bunga-bunga
Jalan yang tidak dijanjikan dengan kesenangan…

Saudaraku…

Sungguhpun amat payah kurasakan
Sungguhpun amat sukar kulalui
Sungguhpun amat perit hati ini…
Aku tetap ingin berada di sini
Aku tetap ingin kekal di sini
Aku tetap ingin berjuang
Aku tetap ingin bersama mereka...

Saudaraku...

Aku ingin merasakan pahitnya hempedu itu
Walau mungkin aku
Tidak mampu menelan kesemuanya..
Aku ingin merasakan sakitnya diluka
Walau mungkin aku
Tidakkan bertahan dek tajamnya
Duri itu..

Saudaraku…

Kau pasti gusar
Akan pilihanku
Kau pasti bimbang
Untuk terus membiarkan aku di sini
Kau pasti takut
Akan kehilanganku…

Saudaraku...

Tidak perlu digusarkan
Tidak perlu dibimbangkan
Tiada apa yang perlu dirisaukan...
Kerana aku yakin
Pahitnya hempedu itu
Akan diganti dengan manisnya madu
Sakitnya luka itu
Akan diganti dengan mulianya syahid...

Saudaraku…

Tidak inginkah dikau
Bersama-sama denganku
Tidak inginkah dikau
Melangkah seiringan denganku
Tidak inginkah dikau
Selusuri bersama denganku

Di jalan itu...

Kita melangkah bersama
Di jalan itu...
Kita menangis bersama
Di jalan itu...
Kita ketawa bersama

Saudaraku...

Ayuhlah!
Saudaraku...
Bangkitlah!

Saudaraku...

Bersama kita
Menyelusuri jalan itu
Moga redhaNYA sentiasa bersama kita...



Nukilan,

Al Faratisyah

Sunday, August 8, 2010

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

Salam pertemuan

Syaaban bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan Ramadhan bakal menjengah. Bersediakah kita?

Ya Allah, panjangkanlah umur kami supaya dapat kami bersua dengan Ramadhan yang mulia. Ya Allah panjangkanlah umur kami agar dapat kami memanfaatkan kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini.

Ya Allah, semoga Ramadhan kali ini menjadikan kami hambaMu dalam erti kata sebenar. Ya Allah, kurniakanlah kami Piala Taqwa di penghujungnya....

Buat teman dan sahabat yang dikasihi, mari kita persiapkan diri (fizikal, emosi dan rohani terutamanya) dalam meraikan Ramadhan al-Mubarak.

Ramadhan, kami menunggumu dengan penuh kerinduan, rindu tiada tara!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here =)